Photobucket

"Ummi Iman 1st Giveaway"



Jom tengok apa syarat2nya.
  1. Buat entry bertajuk "Ummi Iman 1st Giveaway"
  2. Letak banner di atas dalam entry dan di sidebar dan pastikan ianya link ke entry ini.
  3. Kena penuhkan ayat ini "Sahabat ibarat ............................." (tidak lebih dari 30 patah perkataan)
  4. Tag 2 orang rakan
  5. Post link entry kalian diruangan komen


    Tarikh tutup penyertaan: 8 9 September 2011 (12:00pm)

    tag:




    "sahabat ibarat berlian dan jarang ditemui..Sahabat jalanan pula ibarat daun luruh yang dijumpai di mana- mana..Sahabat yang baik sukar dicari..Dan lebih sukar untuk ditinggalkan..Malah amat mustahil untuk terus dilupakan..."

    doa buat sahabat..

    Mengintai kejora dimalam hari
    Hanya kelihatan menjelang pagi
    Terimakasih sahabat kerana memahami
    Segala kelemahan diriku ini

    Suara si pungguk mendayu-dayu
    Memuja bulan tak pernah jemu
    Biar di dunia kuhimpun rindu
    Di akhirat sana kupohon bertemu

    Anak haruan mati terperangkap
    Jangan keli dikatakan sepat
    Padamu sahabat daku berharap
    Di sudut hatimu namaku terpahat


    Yang merah itu dikatakan saga
    Yang indah itu dikatakan bahasa
    Bagaimana akhirnya persahabatan kita?
    Mampukah meruntun hingga ke Syurga?

    Meleret senyum manis di bibirmu
    Hilanglah duka terpancar rindu
    Ku ukir namamu di dasar qalbu
    Ukhwah fillah menjadi dambaku

    Indah sungguh bunga di t aman
    Disusun orang buat jambangan
    Ingin kuselam hatimu teman
    Begitu sukarnya mencari jawapan

    Merenung langit di kala senja
    Mengharap fajar akan menjelma
    Padamu Tuhan kupanjatkan doa
    Persahabatan ini subur selamanya


    Wahai Maha Pengasih…
    Jika sahabatku jatuh cinta, benihkanlah cintanya kepada seseorang yang melabihkan cintanya kepadaMu agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu,
    Wahai Maha Penyayang…
    Jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut kepadaMu, agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah,
    Wahai Maha Penyayang…
    Jika sahabatku rindu, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,
    Wahai Yang Maha Pengasih…
    Jika sahabatku rindu, jagalah rindunya kepadaMu agar sahabatku tidak lalai merindui syurgaMu…
    Ummi Iman

No comments: